Sabtu, 30 Mei 2015

OUR ACTIVITY

Sekarang kami kat Aeonbig Seberang Jaya untuk sharing takaful awareness. Jemput datang ye.

Esok ada presentation untuk business opportunity bg yang nak tau tentang bisnes takaful. Pukul 10 pagi di Phileo Damansara. Percuma xperlu bayar apa2. Cuma perlu inform saya saja kalau nk datang.


Khamis, 28 Mei 2015

PRIORITY

Salam semua=))
Maafkan saya lama menyepi. Alhamdulillah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ni. Saya dicabar dengan demam, selsema dan sinus bengkak 2-3 hari ni. Mungkin cuaca panas sangat masa hari sukan abang Haikal hari ahad hari tu. Sekarang alhamdulillah beransur pulih walaupun kepala terasa mengembang dan menguncup he he he.

Hari ni saya nak tulis sikit pasal priority atau keutamaan. Priority pasti ada dalam setiap keaadan. Priority dalam hidup, priority dalam menguruskan masa, priority dalam menguruskan kewangan, priority dalam perhubungan, priority dalam memilih makanan. Semuanya lah.

Dikecilkan skop, saya nak cakap pasal priority dalam pengurusan kewangan. Apa priority anda? Bila terima je duit gaji, apa yang anda buat dulu? Bayar hutang? Bayar bil? Menabung? Belanja barang dapur? Shopping?? Apa yang penting bagi anda?

Saya selalunya simpan (atau laburkan) dulu. Sekarang seimpan melalui potongan gaji so memang automatically saya menyimpan dulu. Bayar sumbangan takaful. Lepas tu saya bayar credit card. Bayar dalam full amount statement balance. Saya takmau bertangguh bayar untuk elak dikenakan charge yang mahal. . Lepas tu baru bayar kereta, rumah, utility bills.. dan juga sedekah boleh selit-selit dalam priority teratas juga. Shopping always comes last. Itu pun kalau shopping lah..

Saya ada seorang ibu saudara. Dia bukanlah senang orangnya. Cuma suami yang bekerja menyara keluarga. Kerja biasa-biasa saja. Hidup memang tak mewah, terkadang berkikis untuk makan. Tapi makcik saya tak pernah miss bayar insurans (with medical card) yang dekat RM200 sebulan! (Dia ambil insurans dengan ejen lain, masa tu saya belum jadi ejen lagi. )

Tinggi kesedaran ibu saudara saya ni. Mungkin juga kesedaran tu mendalam sebab suami dia dulu meninggal dunia akibat kanser. Dia dah lalui semua peritnya menjaga orang sakit, melihat orang sakit, dengan pelbagai cabaran termasuk dari segi kewangan.

Selalunya begitulah. Orang yang pernah merasa saja yang tau. Learning from experience.. These kind of things really happen. Alangkah bagus kalau kita belajar melalui pengalaman mereka. Kalau kita masih boleh shopping setiap bulan, makan di restoren/coffee shop mahal-mahal, mungkin kita sebenarnya mampu untuk memiliki satu polisi takaful atau medical card.

Jumaat, 22 Mei 2015

KEBAJIKAN


Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.

Surah Al-Baqarah ayat 177

Jumaat, 15 Mei 2015

AKAN BERADA DI IPOH

Esok dan Ahad kami bakal berada di Ipoh In shaa Allah..
Sesiapa nak jumpa sembang-sembang pasal takaful atau kenal-kenal saja pon boleh.
Roger me at below number okay.
See you soon=))

BETUL-BETUL LAST DAY E-FILING

Sumber gambar: http://ultrasia.blogspot.com/2015/04/cara-buat-e-filing-lhdn.html


Kepada yang makan gaji, hari ni last day yer you all. Jangan lewat-lewat nanti kena penalti. Insurans nyawa/kesihatan/pendidikan juga boleh dapat pelepasan cukai. Nak tau cara, contact kami seperti nombor di bawah ye=))

PROMOSI HOMESTAY


Sempena hari Jumaat ni saya nak tolong promosi kan homestay yang saya sewa hari tu 9-11 May di Ukay Perdana. Agency Prudential saya di Phileo Damansara, so once in a while saya travel ke KL for some events,trinings, meeting and such kat sana. Clients pon ramai juga kat KL sana so sesiapa orang KL nak appoinment dengan saya, roger je ye.

So hari tu saya sewa Hasya Homestay, Ukay Perdana. Kebetulan saya meeting di Prudential Training Academy, Ampang. So memang dekat sangatlah. Maaf saya tak sempat pun nak ambik gambar but you can check out the details below=))

Nama: Hasya Homestay
Location: Springville Apartment, Ukay Perdana.
Price: RM250/day for 1 day rental, RM200/day for 2 days and above rental. RM100 deposit needed upon check in (refundable).
Contact: 012-5176284 (Pak Ali)
Facilities: 3 bilik 2 bilik air, pool, dapur dan kelengkapan memasak, TV without ASTRO, kedai makan dan kedai runcit nearby, 1 parking space.

Saya jumpa homestay ni kat malaysiahomestay.net. Sebenarnya homestay ni anak Pak Ali ni punya. Dia yang manage semua. Sangat friendly Pak Ali ni. Overall saya berpuas hati lah. Pool dia dekat tempat parking, tak cantik sangat tapi boleh swimming dengan tenang sebab tak de orang pun. Kami je yang guna pool tu hehe. Sebelum check out Isnin tu pun sempat saya swim seround dua.
Sempat jaga booth kejap on Sat 9/5.
Booth kami di Giant Putra Height open everyday. Jemput datang=))
Melawat baby client saya yang baru lahir kat KPJ Shah Alam
-------------------------------------------------------------------------------------------------
And then another 1 dekat Shah Alam. Yang ni saya sewa few months back. Atas urusan kerja juga. Saya suka sewa homestay sebab saya bawa segerombolan dengan anak-anak, mak dan adik-adik sekali. So masa saya kerja diorang semua boleh mandi-manda kat kolam hihi.

Nama: Zulysya R&R Homestay (IndahRia sebelah kilang gula)
Location: Persiaran Jubli Perak Batu 3 Seksyen 22 40300 Shah Alam
Price: RM150/mlm (Hari bekerja) & RM200/mlm (Hujung Minggu & Cuti Umum). RM100 deposit needed upon check in (refundable).
Contact: Pn. Lily : 010-6001116 atau 010-6001115
Facilities: 3 bilik 2 bilik air, pool, taman permainan, dapur dan kelengkapan memasak, TV with Njoi , kedai makan dan kedai runcit nearby, 1 parking space.

Yang ni selalu penuh, kena booking awal kalau nak. Overall okay juga. Cuma pool kanak-kanak dia kecik sangat. Other than that okaylah. Owner pun friendly.
Okay that's all. Semoga membantu=))

Selasa, 12 Mei 2015

Nervous Breakdown?

What does it mean to have a nervous breakdown?

The term "nervous breakdown" is sometimes used to describe a stressful situation in which someone becomes temporarily unable to function normally in day-to-day life. It's commonly understood to occur when life's demands become physically and emotionally overwhelming. The term was frequently used in the past to cover a variety of mental disorders, but it's used less often today.
Nervous breakdown isn't a medical term, however, nor does it indicate a specific mental illness. But that doesn't mean it's a normal or a healthy response to stress. A nervous breakdown may indicate an underlying mental health problem that needs attention, such as depression or anxiety.
Signs of a nervous breakdown vary from person to person and depend on the underlying cause. Exactly what constitutes a nervous breakdown also varies from one culture to another. Generally, it's understood to mean that a person is no longer able to function normally. For example, he or she may:
  • Call in sick to work for days or longer
  • Avoid social engagements and miss appointments
  • Have trouble following healthy patterns of eating, sleeping and hygiene
A number of other unusual or dysfunctional behaviors may be considered signs and symptoms of a nervous breakdown.
If you're concerned that you're experiencing a nervous breakdown, get help. If you have a primary care doctor, talk to him or her about your signs and symptoms or seek help from a mental health provider.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sesiapa yang macam ada simptom di atas, talk to someone might help=))
Rabbi Yassir Wala Tu'assir..

Khamis, 7 Mei 2015

PAEDOPHELIA DI KALANGAN KITA

Salam semua,
Hari ni topik agak berat. Pasti ramai yang tau kan berkenaan student kita yang ditangkap dan dijatuhkan hukuman penjara di UK sebab menyimpan, mengeluarkan dan mungkin mengedarkan bahan-bahan pornografi yang melibatkan kanak-kanak tu?
My comment: That news is such a very very very poor thing to hear.
Saya takmau judge, takmau kecam takmau apa. Saya cuma harap dia insaf dan pulih. Well they say paedophelia is an disorder condition. Hopefully there is a cure for it.
What I want to stress here is, this is actually not really a new thing. Bukan masalah orang zaman sekarang sahaja. Mereka ni (pesalahlaku seksual terhadap kanak-kanak) sebenarnya dari dulu-dulu lagi memang dah ada. Cuma maybe low exposure saja so kita tak tau. Most cases went unreported kerana pelbagai stigma. Mangsa ketakutan, tak bagitau pada sesiapa. Ahli keluarga malu pada masyarakat, jadi tak report.
The saddest part, pesalahlaku atau pendera seksual ni selalunya dari kalangan orang yang terdekat dengan mangsa. Yes! Orang yang dipercayai mangsa, orang yang provide for the family, orang yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan kebajikan mangsa. Harapkan pagar...
Yes they are among us. Eyeing on our child..
Memang boleh stress kalau fikirkan kasihan dekat anak-anak kecil yang menjadi mangsa ni kan. Kasihan dekat mangsa, benci dan geram dekat pemangsa. But surely there is nothing much we can do to change those bad people.
So our part is to be responsible for those around us, within our circle. Hindari anak kita daripada terexpose menjadi mangsa mahupun pemangsa. Build a really strong relantionship with our kids, be alert for any behaviour changes and of course didikan agama yang mencukupi. Bercakap pasal didikan agama, it is actually a very broad subject. And yes not really an easy thing to do. Yang penting usaha, doa yang berpanjangan. Outcome nya tawakkal saja pada Allah.
May Allah make it easy for us as parents. May Allah protect us all. Amin..

Rabu, 6 Mei 2015

UPDATE HOSPITAL PANEL PRUBSN DI PENANG

Salam semua=))
Semalam saya dapat circulation e-mail dari Prudential. Menurut circulation tu, 2 hospital ini bukan lagi panel hospital PruBSN.
1. Tanjung Medical Centre (473, Jalan Bumah, 10350 Pulau Pinang)
2. Island Hospital (308, Macalister Road, 10450 Pulau Pinang)
Maksudnya PruBSN tak akan lagi keluarkan GL bila anda admit kat hospital ni. Boleh dapatkan rawatan tapi pay n claim. Bayar dulu kemudia claim.
Alternatively, anda boleh pergi ke hospital panel di bawah untuk proses kemasukan ke hospital yang lebih mudah.
1. Pantai Hospital Penang
2. Gleneagles Medical Centre, Penang
3. Penang Adventist Hospital
4. Lam Wah Ee Hospital
5. Loh Guan Lye Specialist Hospital
6. Bagan Specialist Centre
7. KPJ Penang Specialist Hospital

FAMILY DAY @ TELUK BATIK

Salam semua=))

How was your long weekend? Mine Alhamdulillaah.. Kami join family day keluarga belah suami kat Teluk Batik. Sewa chalet kat betul-betul tepi laut. Overall it was okay.

Haris demam since Jumaat. Abang Haikal pulak demam dan wheezing teruk malam pertama kami kat chalet. Menangis-nangis tengah malam tak boleh bernafas. Sudahnya pergi ER Hospital Pantai Manjung tengah-tengah malam ambik nebulizer 2 kali. Ahad siangnya ambik nebulizer lagi sekali lagi kat Klinik Bersalin Yasmin. Alhamdulillah lepas tu dah stabil. Kalau tak okay juga, kami ingat nak terus balik Ipoh je. At least kalau admitted kat Ipoh senanglah nak ulang-alik.

Tengok sepupu sepapat dia semua excited mandi laut, kesian pulak dekat Abang Haikal. Bagi jugalah dia mandi sekali, tu pun sekejap je. Buat lepas hajat.

Apa pun Alhamdulillah. Everything was fine=)) Terima kasih buat semua kaum keluarga yang menjayakan family day hari tu. Saya setakat hadirkan diri saja tak banyak bantu pun eheh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...