Salam semua=))
Maafkan saya lama menyepi. Alhamdulillah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ni. Saya dicabar dengan demam, selsema dan sinus bengkak 2-3 hari ni. Mungkin cuaca panas sangat masa hari sukan abang Haikal hari ahad hari tu. Sekarang alhamdulillah beransur pulih walaupun kepala terasa mengembang dan menguncup he he he.
Hari ni saya nak tulis sikit pasal priority atau keutamaan. Priority pasti ada dalam setiap keaadan. Priority dalam hidup, priority dalam menguruskan masa, priority dalam menguruskan kewangan, priority dalam perhubungan, priority dalam memilih makanan. Semuanya lah.
Dikecilkan skop, saya nak cakap pasal priority dalam pengurusan kewangan. Apa priority anda? Bila terima je duit gaji, apa yang anda buat dulu? Bayar hutang? Bayar bil? Menabung? Belanja barang dapur? Shopping?? Apa yang penting bagi anda?
Saya selalunya simpan (atau laburkan) dulu. Sekarang seimpan melalui potongan gaji so memang automatically saya menyimpan dulu. Bayar sumbangan takaful. Lepas tu saya bayar credit card. Bayar dalam full amount statement balance. Saya takmau bertangguh bayar untuk elak dikenakan charge yang mahal. . Lepas tu baru bayar kereta, rumah, utility bills.. dan juga sedekah boleh selit-selit dalam priority teratas juga. Shopping always comes last. Itu pun kalau shopping lah..
Saya ada seorang ibu saudara. Dia bukanlah senang orangnya. Cuma suami yang bekerja menyara keluarga. Kerja biasa-biasa saja. Hidup memang tak mewah, terkadang berkikis untuk makan. Tapi makcik saya tak pernah miss bayar insurans (with medical card) yang dekat RM200 sebulan! (Dia ambil insurans dengan ejen lain, masa tu saya belum jadi ejen lagi. )
Tinggi kesedaran ibu saudara saya ni. Mungkin juga kesedaran tu mendalam sebab suami dia dulu meninggal dunia akibat kanser. Dia dah lalui semua peritnya menjaga orang sakit, melihat orang sakit, dengan pelbagai cabaran termasuk dari segi kewangan.
Selalunya begitulah. Orang yang pernah merasa saja yang tau. Learning from experience.. These kind of things really happen. Alangkah bagus kalau kita belajar melalui pengalaman mereka. Kalau kita masih boleh shopping setiap bulan, makan di restoren/coffee shop mahal-mahal, mungkin kita sebenarnya mampu untuk memiliki satu polisi takaful atau medical card.
stress cakap pasal insurans.. apply dari bulan 2 tak settle2.. malas nak cakap...
BalasPadamla yeke.apa masalahnya tu? apa2 nk kite tolong bagitau lah kot boleh bantu
PadamAssalam siti,
BalasPadamhe3
iols ni bab kewangan terok sket kot
ater priority nampaknya lebeh kepada nak cotik2, makan2 & jalan2 :P
xper kami pun suka makan he he..
Padamyg penting happy dan tak mengundang kesusahan di kemudian hari=))