Rabu, 25 Mac 2015

SEDIKIT SEBANYAK TENTANG TOUCH n GO

Touch N Go Penang Bridge saya baru buat 3 minggu lepas hihi=))

Benefit Kad Touch n Go

Nak cakap pasal benefit kad TnG ni pun macam semua orang dah tau ye. Memudahkan kita bayar tol hari-hari=)) Berbanding kalau guna tunai, kadang-kadang kereta banyak kat lorong tunai. Tambah-tambah nanti ambik masa kita nak keluarkan duit dari wallet, lepastu nak tunggu baki pulak. Kadang-kadang duit syiling terjatuh haha. Sayalah tu..

Jadi guna kad TnG lebih cepat dan mudahkan. *Walaupun kadang-kadang kereta bersusun juga kat lorong TnG kalau tiba-tiba orang kat depan tak cukup baki hihi*

Kalau guna dengan Smart Tag lagi bagus=))

Mana nak dapat kad TnG?

Kat mana-mana pejabat PLUS, Watson, dan lately ni ada self service kiosk juga. Bertambah maju! Husband saya dulu dapat free je kat tol masa nak balik raya. Rezeki heheh. Biasanya harga kad ni Rm10 (kad sahaja tanpa tambah nilai). Saya pula buat dekat tol Penang Bridge, so kalau nak pergi island bolehlah dapat diskaun tol! Dari RM7 harga biasa jadi RM5.60. Untungkan? Baru ni saya lalu kat tol ke Butterworth kat A tu Z tu nampak ada promotion beli kad TnG harga RM1, tapi tak sure kat mana. Nanti saya tengok lagi. Ada sesapa tau tak?

Satu info yang saya baru je tau, IC kita pun boleh guna sebaga TnG juga! Hehe. Kalau ada yang taktau macam saya ni, cuba keluarkan IC anda sekarang. Tengok belakang dia ada tak symbol TnG? Kalau tak ada, tolong pergi tukar IC baru hahaha.. So jimat dah RM10 sebab tak payah beli kad TnG. Tapi jangan lupa top up dulu ye.

Macam mana nak top up TnG?

Topap pun boleh buat dekat pejabat PLUS, applicable kaunter dekat tol, ATM machine, applicable stesen minyak, dan Watson. Kalau ATM, ke Watson ke stesen minyak ke ada charge RM0.50 ye.



Ataupun untuk heavy traveller, boleh link kan kad TnG dengan kredit kad. Contohnya dengan kredit kad Maybank dan CIMB. Zing Card nama dia. Boleh apply dengan bank yang berkenaan. Contoh kalau Zing Card Maybank, dia akan auto reload bila nilai dalam kad kita jatuh bawah RM50. Reload amount pula RM100. Cuma yang kurang syoknya ada charge RM2 setiap kali auto reload. Ini saya rasa CIMB Zing Card lebih murah chargenya kalau nak top up RM100, charge RM1.50.

Jimat berbelanja dengan kad TnG


Hanya tunjuk kad TnG anda dan dapatkan pembelian dengan discounted price di kedai-kedai yang applicable. Gambar di atas ini adalah promotion as of current date ye. Boleh cek kat website diorang selalu. Saya ni jarang sangat pegi fancy coffee shops or cafes. But if you feel like it, bolehlah gunakan peluang ni ye tak.

Apapun get more info on TnG at their website here ya. Boleh juga sign up portal MyTouchnGo untuk manfat yang lebih baik.Semoga bermanfaat =))

p/s: Nilah orang yang baru buat kad TnG sejak pindah rumah jauh dari ofis ni hahaha..

With the implementation of The Goods & Services Tax (GST) effective 1/4/2015, all products and services provided by Touch 'n Go will be subjected to 6% GST.

9 ulasan:

  1. Assalam siti,
    nice sharing hokeyh
    iols ni dah berkurun pakai TnG tapi xtau pun hat pasai boleh dapat diskaun belanja makan2 minum2 tu tau3 :P

    BalasPadam
  2. sekarang ni touch n go dah advance lagi dah, nak shopping kat supermarket ke apa ke, dah boleh guna touch n go dah... :)

    BalasPadam
  3. kita pon wt kt tol jmbtn sbb nk dpt rega RM5.60.klau buat kt tmpt lain rega sm RM7 gak

    BalasPadam
  4. kad touch n go kalau dah lama tak guna, dia kena block eh? huhu dua kali dah kena block kad, sbb guna sebulan dalam setahun jee. T_T paling stress bila kena block kat highway, dan kereta beratur kat belakang. gelabah terus

    BalasPadam
  5. betoi. ktorg pun kalau ke island pakai kad suami. lagi jimat hihihihi

    BalasPadam
  6. husna pon terjebak ada kad Touch n Go ni sebab daftar sbg ahli Watson tahun lepas.. walaupun jarang sekali naik highway tp spare laa jgk dalam tu..;)

    BalasPadam
  7. maaf nak tanya, kad saya dah invalid tapi masih ade baki dalam ye. so macam mane nak refund balik baki dalam kad tu? atau tak boleh nak refund balik? tq

    BalasPadam
  8. maaf nak tanya, kad saya dah invalid tapi masih ade baki dalam ye. so macam mane nak refund balik baki dalam kad tu? atau tak boleh nak refund balik? tq

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...