Isnin, 9 Mac 2020

Projek Tanaman di Halaman Rumah


Assalamualaikum..

Semoga semua sihat sejahtera hendaknya. Cuaca di Ipoh tak berapa menentu sekarang.
Berhari-hari kepanasan, nanti tiba-tiba hujan lebat.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan.
Kena syukur selalu dan dalam masa yang sama jagalah kesihatan.
Minum banyak air putih, sentiasa cuci tangan dan berkumur.
Tambahan pula dengan penyebaran Virus Covid-19 ni, kita kenalah tingkatkan lagi langkah-langkah kebersihan dan keselataman.

Hari ini saya nak kongsikan tentang hobi baru iaitu menanam pokok-pokok di halaman rumah ya.
Kebetulan kami sewa rumah tepi, jadi kawasan agak lapang.
Beberapa tahun ini kami cuma menanam rumput dan lalang sahaja.
Ada pokok jambu air dan pokok mangga yang rajin berbuah.
Akan tetapi selalunya berulat kerana kami tak beri perhatian dan kasih sayang secukupnya kepada mereka T___T

Al-kisahnya bermula hujung tahun lepas bila mama kami berpindah, dia tinggalkan banyak pokok bunga dan pasu untuk saya jaga.
Suami saya yang selalu siram. Terima kasih ya awak.
Saya selalu tengok pokok waktu malam dan hari minggu sahaja.
Mula-mula tu bagai hidup segan mati tak mahu sahaja pokok-pokoknya.
Bila saya selalu 'google' dan belajar serba sedikit cara penjagaan pokok, barulah nampak pokok semakin sihat.
Ada yang mula berbunga dan berbuah pun!
Barulah rasa gembira di hati haha.
Alhamdulillah semua atas izinNya.

Jadi sekarang kami nak melebarkan sayap lebih jauh.
Iaitu dengan cuba menanam sayur-sayuran atau buah-buahan pula.
Setakat ini saya sudah semai benih cili, rozel, bawang putih dan serai.
Tunggu masa nak semai di tanah pula.
Sebelum tu kenalah proses rumput dan lalang yang ada tu dulu T_T

Anak-anak pun seronok membantu, berkebun katanya =)
Cuma sekarang agak risau sedikit nak berkebun sebab ada sarang lebah pada pokok jambu.
Nak halau macam kasihan pula.
Tapi nanti jadi semakin besar susah pula ya.
Tengoklah nanti kita nego dengan lebah tu macam mana.
Minta dia orang pindah ke tempat lain.
Harap-harap dia boleh dibawa berbincang =P

Baiklah setakat ini dahulu.

Pokok-pokok yang Mama bagi untuk dijaga.
Pokok kari yang tumbuh sendiri
Anak pokok rozel, benih dapat daripada orang Myanmar di kilang.
Seronoknya pokok bunga kertas berbunga!
Cubaan menanam bawang putih
Pokok nanas perhiasan. Comel beno buahnya =P


Gaya pekebun di malam hari..


PUBLIC MUTUAL
RUBSN TAKAFUL
KELAS/ PENTERJEMAHAN BAHASA JEPUN/
YOUNG LIVING ESSENTIAL OIL PRODUCTS
012-2961984 (SITI) 012-7645998 (HAFIDZ)

2 ulasan:

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...