Jumaat, 10 Jun 2016

JUADAH BERBUKA POPULAR DI TERENGGANU

Salam semua=))

Macam mana puasa? Masih bersemangat lagi? Moga terus bersemangatlah hendaknya hingga habis bulan Ramadhan kali ini ye. 

Semalam kami menggagahkan kaki menapak ke pasar Ramadhan Desa Aman. Tu dia ramai sungguh orang sampai rasa menyesal pula pegi. Akhirnya saya cuma beli kuih untuk anak-anak, suami pula beli popia basah dengan air minuman. Saya langsung tak tau nak beli apa, tiada yang berkenan di hati. Sewaktu berbuka, teringat pula zaman saya tinggal dengan arwah nenek masa kecik-kecik dulu. Teringat indah berbuka bersama walau dengan hidangan yang tak seberapa, tapi cukup istimewa buat saya. Seingat saya, saya memang kurang gemar makan kuih dari kecik lagi. Selalunya saya hanya akan beli kuih koleh kacang saja bila sekali-sekala ke pasar Ramdhan. Lepas tu yang paling favourite saya adalah agar-agar merah buatan nenek, dimakan bersama susu cair. Arwah nenek selalu buat untuk saya tiap kali saya balik cuti dari asrama. 

Walaupun dah lama dah kiranya saya tak balik kampung di Terengganu, tapi masakan dan kuih-kuihnya tetap di ingatan saya ewah. Bila bulan puasa beginilah, teringin pula rasanya nak makan. Tapi bendanya tiada pula di depan mata. Kalau ada dijual pun rasanya tak sama dengan yang kat kampung dulu. Sudahnya memang jarang sangat saya beli.

Kuih apa yang menjadi idaman kalbu tu? Hehe. Meh saya perkenalkan sikit kuih dan hidangan yang popular di kampung saya dulu.

1. Koleh Kacang (sumber gambar: flickr Mahani Mohamad)

2. Kuih Akok (sumber gambar dari blog cekgunorazimah)

3. Lompat Tikam (sumber gambar mykitchensnipets.com)

4. Asam Gumpal (sumber gambar kasihatie.blogspot.com)

5. Nekbat (sumber gambar ayiewiyah.blogspot.com)
6. Puteri Mandi (sumber gambar nonie2you.blogspot.com)


6. Rojak Kateh (sumber gambar nopija.blogspot.com)

7. Bubur Lambuk (sumber gambar terengganutimes.com)
8. Sira Pisang (sumber gambar aziejaya.blogspot.com)

Okay. Setakat ini dulu. Selamat menjamu mata hihi. Sape orang Terengganu angkat tangan sikit hihi..


LIMITED TIME ONLY. Shop and get 15% OFF on ZALORA now!

7 ulasan:

  1. CikSiti mencabar keimanan akk nih. Huhu..nak balik teganung..
    Mana laksang?
    Banyak sgt kuih tradisi teganu yg org key el tak kenal, tapi akk sendiri pun susah nak ingat nama kuih2 tu.

    BalasPadam
  2. CikSiti mencabar keimanan akk nih. Huhu..nak balik teganung..
    Mana laksang?
    Banyak sgt kuih tradisi teganu yg org key el tak kenal, tapi akk sendiri pun susah nak ingat nama kuih2 tu.

    BalasPadam
  3. Huwargh betul tu laksang pong feveret gok!

    BalasPadam
  4. emm, semua yg kat atas tu cik timm xpenah mkn..hihik..

    BalasPadam
  5. dalam bnyak2 gambar, kuih akok jaa husna pernah makan.. itupon masa rombongan bertandang kenduri kawen sepupu.. mujur dapat merasa jugak.. memang sedap! :D

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...