Ahad, 14 Disember 2014

Best Takaful Operator


Tahniah PruBSN Takaful.
Tahniah our clients who constantly support us.

Semua berhak memilih takaful operator masing-masing.
It's okay so long you dah ada awareness.

But we're the best in Asia!
Just tot the idea might help you picking the best provider for you:)

Jumaat, 12 Disember 2014

Undang-undang 3 hari

Suatu hari cuti yang indah saya berjalan-jalan dengan niat nak window shopping kat Pavilion.

Jalan punya jalan punya jalan sampai nak naik lenguh kaki, dah lah pakai heels pulak tu. Bertambah lenguhnya.. tapi nak nampak cantik punya pasal, lenguh pun lenguhler. Bukan orang tau pon hehe.

Tiba-tiba saya lalu kat satu kedai ni, nampak sehelai dress warna merah kembang setaman yang dipakai oleh cik patung. Dalam hati saya Oh My Gucci!!! Cantiknya. Tiada dress yang lebih cantik tiada yang lebih indah tiada yang lebih bersinarrrrr selain dress merah di depan mata. Menepati cita rasa, menepati impian yang selama ini diidamkan. Simple yet so elegan! Hurm..

Tiba-tiba teringat pula tahun depan nun nanti ada company dinner. Dalam kepala dah terbayang, kalaulahh..kalaulahhhh..kalaulah saya dapat pakai dress ni nanti alangkah bahagianya. Alangkah indahnya hidup ini. Tiada yang lebih indah lagi. Mungkin nanti boleh menang best dress, dapat voucher Jusco RM50 :P

Lalu kaki melangkah masuk ke dalam kedai. Mata melilau cari tanda harga. Mana ni tanda harga ooooiiii menyorok pulak ye. Tak jumpa cari dengan mata, tangan pun mencapai dress idaman hati. Sambil merasa tekstur dan membelek material kain dengan jari tulus temulus saya. Oh lembutnya kain dia.. bagaikan sutera. Cantiknya jahitan dia tiada cacat celanya.

Lantas terjumpa benda yang dicari-cari. Tanda harga!! Dalam hati ada sedikit nervous nak tengok harga dress pujaan hati. Sebelah mata dipejam, tengok guna sebelah mata saja. Dengan harapan boleh meneutralkan rasa..

Mak oih!! RM499!!

Mahalnya!!!

Tapi kan ke cantik. Kan ke pujaan hati idaman kalbu. Kan ke inilah dress paling jelita yang pernah saya jumpa sepanjang hayat ini?

Apalah sangat RM499.. Tak sampai RM500 pun.. Guna credit card dulu, nanti dah dapat gaji saya bayarlah balik. Alaa boleh punya lahh. No hal lah.. sap sap soi je nih..

Sreeeeeeeeeeeeetttt bunyi leretan kad VISA.

That's it! The damage has been done!

Maka bulan depan dan bulan seterusnya, bercatulah makan saya. Tiada lagi makanan bernutrisi, hanya mi segera hari-hari..

----------------------------

Amacam.. does it sounds real? Okaylah saya ada sikit-sikit tiru Sophie Kinsella tihihihi..

My dear friends, kawan-kawan saya sekalian.. inilah yang kita panggil impulse buying. Membeli benda yang kita sebenarnya tak perlu, tanpa berfikir panjang, malah membawa kerosakan kepada akaun bank kita. This is very very dangerous ye.

And this doesn't apply to benda yang mahal-mahal saja. Benda yang tak begitu mahal pun sama juga. As long as we don't need it, kalau beli juga maka membazirlah namanya.

Tak salah membeli-belah, asalkan, dan pastikan that we can actually afford it! Jangan nanti hujung bulan gigit jari.

So inilah tips nya ya. Macam mana nak mengelakkan diri dari TERBELI sesuatu yang kita tak berniat pun nak beli. Bila kita rasa nak beli benda tu, sabar dulu. Relax.. tarik nafas, hembus. Tarik, hembus.. perlahan-lahan angkat kaki keluar dari kedai. (Kalau online, cepat-cepat tutup browser :P)

Lepas tu cuba fikir secara waras, pertimbangkan dulu. Is it worth your hard earned money or not. I bet masa tu, hawa nafsu akan mengatasi akal fikiran kita dan mengarah kita untuk beli juga hehe.

That's why we wait. Sebelum beli sesuatu, cuba tunggu 3 hari. Lepas 3 hari, fikir balik, betul ker kita masih nak beli benda tersebut. Saya rasa most of the time, perasaan nak membeli yang membuak-buak sebelum ni tu akan pudar. Takda rasa dah.. If it does, selamatlah poket anda=)

Jadi bila kita rasa nak beli sesuatu yang tak perlu, apa kita buat kawan-kawan?
Berhenti. Tunggu 3 hari. Fikir balik.

Kalau masih rasa nak beli, cuba tunggu 100 hari. Haha. Tipu. Kalau dah nak beli juga, belilah. Tiada daya saya menghalangnya. Kalau boleh kumpul duit sampai cukup baru beli ye.

p/s: Kalau anda tengok, sebab tu kedai buat pelbagai offer yang menarik, pelbagai diskaun hebat yang timely limited. Semua ni nak ambik kesempatan atas perasaan teruja anda. Hehehe..



Syurga yang dicita

Salam Jumaat semua=)

Setiap hari adalah peperangan (bagi saya). Everyday is a battle. Perang melawan nafsu amarah, perang melawan nafsu malas, perang melawan bisikan syaitan yang direjam, perang melatih sabar. Dalam kebanyakannya, sering saya tewas. Lemahnya saya. Sungguhlah syurga Allah itu mahal.

Bukankah syurga itu indah?
Bukankah syurga nanti keadaanya tenang, nyaman, nikmat senikmatnya?
Bukankah di syurga kita sentiasa muda jelita?
Bukankah di syurga nanti kita bebas menikmati buah-buahan yang lazat bila-bila masa?
Bukankah di syurga nanti mengalir sungai-sungai yang sejuk dan nyaman airnya?
Bukankah syurga (akhirat) itu kekal selamanya?

Berperanglah di dunia, demi syurga yang dicita..


Khamis, 11 Disember 2014

Mencari homestay di Golden Triangle KL

Salam semua=)

Saya tengah plan untuk a very short vacation to KL next month. Ada training kat Phileo Damansara hari Ahad, so hari Sabtu ingat nak bawa anak2, mama dan adik2 berjalan sikit. Sebab kami ni total 9 pax so rasa macam tak sesuai pula nak ambil hotel.

So saya cari homestay yang:
  1. Boleh masuk 6 orang dewasa, 3 budak kenit.
  2. Location kalau boleh dekat atau senang nak pergi KLCC.
  3. Kalau dekat dengan station Rapid KL pun best, boleh saya p training naik public transport je.
  4. Kids/family friendly. Ada pool and playground adalah idaman.
  5. Budget sebolehnya bawah RM300, lagi murah lagi bagus hehe.
  6. Basics requirement: bersih, kemas, selesa dan selamat.
  7. Kalau boleh nak checkout lambat sket around 2 or 3 pm.
Saya sebenarnya tak tau nak pergi mana. Setakat ni hanya terfikir Aquaria KLCC atau Petrosains. Tu yang nak dekat dengan KLCC. Blur taktau nak pergi mana sebab nak bawa budak2 dan orang tua sekali hehe. Lagipun hari Ahad saya nak keluar awal pagi. So tidaklah nak beraktiviti berat sangat.

So sesiapa ada homestay atau boleh suggest mana-mana tempat yang bagus amat dialukan. Thanks!!

p/s: Saya pun tak tau Golden Triangle tu kat mana haha. Dekat website cari hotel banyak tulis tu. Saya agak tempat yang boleh jalan kaki pergi semua shopping malls dekat2 Pavi dekat Bukit Bintang tu kot. Betul tak?

Selasa, 9 Disember 2014

Ada insurans tapi tak pernah guna? - CMK #1

Komen blogger:
Zumal ada amik insuran tapi tak pernah guna pun... Hehe ^-^

CikSiti membalas komen:

Ini adalah sebenarnya bagus! Tahniah dan syukur alhamdulillah.. kerana ini tandanya Encik Zumal seorang yang sihat dan pandai menjaga kesihatan =)

Tiada istilah RUGI ada insurans tapi tak pernah guna. Of course kalau kita betul-betul sakit, better guna insurans yang kita bayar bulan-bulan tu. Tapi kalu tak pernah sakit, that's really a blessing for you. Taukah anda ada plan yang provide NO CLAIM BONUS? Kalau you all tak pernah sakit dan tak pernah claim untuk tahun itu, syarikat insurans (Prudential contohnya) akan bagi sejumlah amaun mengikut dalam polisi. Nak tau you all eligible ke tak? Sila cek polisi masing-masing hehe.

Dan suka saya nak ingatkan janganlah sengaja-ngaja jer nak admit masuk hospital walaupun sebenarnya tak berapa sakit. (Ada kes macam ini). Kerana ini akan merugikan anda juga! Antara keburukannya:
  1. Mengurangkan dana perubatan dalam pelan anda. Kalau sekali admit 5-6 ribu, makin lama makin sikit lah tinggal dalam coverage limit tu. Nanti kalau betul-batul sakit teruk, nak guna dah tak cukup kan susah.
  2. Menyukarkan anda untuk upgrade pelan/beli insurans baru. Pihak insurans boleh detect setiap kali anda admit. Kalau nanti nak upgrade pelan contohnya dari R&B (room n board) RM100 ke bilik lebih tinggi, disebabkan history admit yang banyak, mungkin akan di reject.
  3. Boleh mengakibatkan harga insurans naik secara keseluruhan. Kalau semua orang duk pakat claim je, lama-lama dana dalam pool pun tak cukup untuk cover semua orang.
Itu saja setakat ini.. yang penting JAGA KESIHATAN dan amalkan gaya hidup sihat. Mencegah lebih baik dari merawat. Tapi worst case kalau sakit (sakit kan ujian dan rahmat dari Allah), insha Allah tak perlu risau pasal bil rawatan dah kalau ada insurans beserta kad kesihatan.

Komen ini daripada entry : Eh, insurans saya tak cover hospital?!
Lawat blog pengomen: Dunia Zumal

Slot CikSiti membalas komen ini mungkin akan menjadi rutin. Teruskan mengomen, bertanya atau beri pendapat. Mungkin selepas ini giliran komen anda pula diulas oleh CikSiti =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...