Rabu, 19 Julai 2017

Kisah Saya dan Jam Tangan

Salam semua=)

Pertama sekali saya nak kongsikan rasa gembira sebab hari ni permohonan Google Ads saya dah lulus. Selepas bertahun-tahun mencuba. Alhamdulillah. Sebenarnya sebelum ni saya memang main apply je. Baru-baru ni je buat tukar-tukar setting sikit, update info dekat Google, lepas tu cuba apply minggu lepas, minggu ni dah lulus. Harap-harapnya istiqomahlah update blog lepas ni.

2-3 hari ni Zalora asyik hantar e-mail promosi barang-barang yang dijual dengan harga diskaun. Selalunya saya tak tergoda, tapi kali ni jam jenama Casio nampaknya ada yang murah betul. Saya suka jam Casio ni maklumlah peminat Japan brand hehe. Membuatkan saya teringat pada pengalaman pertama memiliki jam masa zaman kanak-kanak dulu.





Seingat saya, arwah abah saya mula mengajar saya melihat jam dengan betul semasa saya darjah 1. Setiap hari akan ada sesi latihan mengenal waktu pada jam. Mula-mula arwah abah saya lukis bulat-bulat banyak-banyak dekat atas kertas putih. Ingatkan nak buat apa. Lepas tu abah tulis nombor-nombor 1 sampai 12 dalam bulatan tu. Ada latihan yang abah saya lukis jarum, saya kena jawab jarum tu menunjukkan pukul berapa. Ada juga sesi sebaliknya saya kena lukis jarum jam. Masa belajar tu seronok sangat rasanya, mencabar diri belajar sesuatu yang baru. Bila dapat jawab bangganya rasa pada diri sendiri haha. Alhamdulillah tak lama lepas mula belajar tu, pandai dah tengok jam. Latihan intensif lah katakan hehe.

Kami dulu bukan orang senang. Ada ketika mama saya turut bekerja jauh untuk membantu menampung perbelanjaan keluarga. Masa tu saya ingat  lagi kebanyakan masa saya tinggal seorang diri. Kadang-kadang tumpang tidur di rumah jiran sebab tiada siapa ada di rumah. Arwah abah pula kerja tentera laut, masa di rumah tak menentu. Begitulah sehari-hari.

Suatu hari ni mama saya balik dari tempat kerja, mama saya bagi hadiah surprise untuk saya. Jam ALBA! Saya punya seronok sangat rasanya masa tu. Hari-hari pakai. Terima kasih sangat rasanya dekat mama. Penat-penat kerja, beli jam untuk saya. Lama saya pakai jam hadiah mama bagi tu. Sempat sampai darjah 3 rasanya. Itulah kisah jam pertama saya.

Jadi apa pengajaran yang saya dapat dari imbasan memori daun pisang saya ni?

  1. Kegigihan arwah abah saya mengajar saya ilmu kehidupan. Selain ajar tengok jam, banyak saya belajar dengan arwah. Cara basuh pinggan, cara iron baju siap uniform tentera laut tu saya iron, cara memasak.
  2. Setiap ibu bapa akan cuba yang terbaik untuk bagi yang terbaik yang mampu buat anak-anak. Walaupun terpaksa berkorban tinggalkan anak seketika demi mencari rezeki.
  3. Ibu bapa selalu cuba sehabis baik untuk menggembirakan hati anak mereka. 
Alhamdulillah. Syukur sangat rasanya. Walaupun setelah besar saya mampu beli macam-macam jam, tapi jam pertama hadiah dari mama yang paling dekat di hati saya. Pengalaman awak semua pula macam mana?





Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

8 ulasan:

  1. Akk tak suka pakai jam, hehe..
    Kalo beli pakai kejap je, pastu bukak, tinggal merata, hilang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya suka pakai..tapi kadang tu hilang juga..takde rezki.

      Padam
  2. jam pertama yg sy dapat dlm idup sy adiah hari jadi masa darjah 1...cantik sgt jam tu ada gambar humpty dumty tapi hilang ada budak lain ambik..syg sgt..sampai skrg masih igt jam tu

    BalasPadam
  3. Hahaha..Mimi x igt jam pertama Mimi dpt mase umur berapa..teruk sgt lupa Mimi ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Eh tak apa mimi..saya pun banyak je benda yang dah tak ingat haha..

      Padam
  4. dulu pakai jam pertama yang beli sendiri hasil duit yg dikumpul, pakai sehingga masuk U. Kat U beli jam lain sbb jam lama dah rosak. Abis U beli jam lain semasa kerja. Last sekali jam yang dibeli adalah hadiah perkahwinan yang masih dipakai sehingga sekarang. Dah 18 tahun di tangan. Alhamdulillah masih elok lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh nampak sangat kak Azi memang cermat orangnya! bagus untuk perancangan kewangan he he he..

      Padam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...