Assalamualaikum semua.
Saya nak jemput semua datang ke Seminar Peluang Perniagaan pada esok 13 Ogos 2016, pukul 10 pagi, bertempat di Prudential Branch Seberang Jaya. Dekat dengan Sunway Karnival tu. Jomlah datang semua. Percuma je. Dekat situ nanti kami akan share tentang kerjaya sebagai penasihat takaful, apa peluang yang ada, bagaimana nak membina kareer. In shaa Allah, cubalah dengar dulu. Mana tau sesuai dan sebenarnya anda ada bakat terpendam sebagai penasihat kewangan? Boleh cuba dan bermula sebagai part time pun tak pe.
Bagaimana saya bermula sebagai penasihat takaful bersama Prudential dan Prudential BSN Takaful?
Alhamdulillah saya dah 5 tahun bersama Prudential. Banyak kebaikan dan penambahbaikan dalam diri dan kehidupan saya sejak menjebakkan diri dalam bidang ni. Walaupun saya dari mula dulu sebagai ejen part time, Alhamdulillah pendapatan dari bisnes takaful sangat membantu dalam perbelanjaan keluarga dari mula saya join dulu.
Mehlah saya share sikit macam mana saya boleh join bisnes takaful ni. Dulu saya belajar di Jepun, semua orang memang wajib ada insurans even student pun. Kalau tak rasanya memang tak mampu nak dapatkan rawatan hospital di Jepun sebab kos yang sangat tinggi. Jadi saya pulang ke tanah air pada tahun 2011, terus saya cari senior saya yang dulu sama-sama berhempas pulas belajar engineering bagai nak rak kat Jepun, yang dah bertukar karier sebagai ejen takaful. Saya terus sign up takaful untuk saya, suami dan anak.
Beberapa bulan lepas tu saya pun mula bekerja sebagai engineer. Masa tu saya rasa pendapatan tu herm bukannya tak cukup, tapi cukup-cukup saja Alhamdulillah. Tapi bila tiba masa nak kena servis kereta, menggaru kepala jugaklah walaupun dah save 2-3 bulan sebelum tu. Jadi saya rasa kena ada income lebih untuk bantu cover mana yang perlu. Terus saya contact senior merangkap ejen takaful saya, terus booking untuk ambik exam dan alhamdulillah bermulanya saya sebagai ejen part timer.
Pelanggan er.. client pertama saya adalah kawan sekerja, engineer jugak. Menggigil jugak masa mula-mula nak present tu. Tapi Alhamdulillah berjaya jugak walaupun saya pun rasa macam cakap merapu gila masa tu haha. So adalah income bertambah sikit demi sikit lepas tu. Senior-senior pun banyak bantu, bagi nasihat dan bagi training. Jadi sekarang dah 5 tahun saya sebagai ejen, kerja membantu orang dapatkan perlindungan takaful. Best tau kerja tolong orang.
Okaylah saya tak nak tulis panjang lagi. Jom datang esok tau. Hubungi saya seperti nombor di bawah ye. Jom kita sama-sama belajar ye. Saya pun banyak kena belajar lagi untuk tolong lebih ramai orang.
Akak pun nak interframe sikit. Ejen anda yang mesra ahaks! |
Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998
Hai ejen cantik saya 😎
BalasPadamhai adik maniiissss
Padamamboi.. hahaha
BalasPadam*angkat kening ching ching*
Padamwahh bagus ni..
BalasPadamfollow sini
#211
follow back okay :)
satu peluang yang bagus bagi yang berminat, all the best Cik Siti, salam ukhuwah dari www.anajingga.com :)
BalasPadam