Jumaat, 20 Februari 2015

BERJAYAKAH TABLET HUAWEI MENJADI MILIKKU?

Salam semua=))

Kalaulah, kalau.. Kalau masih ada yang ingat entry saya mencari smartphone kat sini. Kalau nak tau, saya masih belum beli lagi phone baru haha. Sayang duit oi. Lagipun kawan saya yang beria promote Mi dia tu bagitau phone dia jatuh, screen pecah lalu touch screen dia langsung tak boleh function. Dia hantar repair kena charge dalam RM300++. Fuh campur harga dia beli phone tu dulu RM800 dah jadi seribu lebih dah. Terus cancel saya nak beli walaupun harganya murah dengan spec yang agak tinggi. Biarlah biar. Saya terus sabar. Kalau 3 tahun saya boleh bersabar, kenapa tak tambah je sikit lagi kesabaran itu ha ha ha.

Kebetulan 2 minggu lepas saya ternampak iklan kat RinggitPlus.com! Apply HSBC credit card, dapat free tablet Huawei Mediapad 7 Youth2! Wah wah dengan sepantas kilat saya apply. Hehe. Punyalah tak nak keluarkan duit sendiri kan. Lagipun sekarang saya memang kena ada tablet lagi satu. Sebab Abg Veder (suami) telah mengikut jejak langkah saya sebagai ejen takaful, maka iPad akan berpindah hak milik. Maklumlah kami ejen-ejen alaf baru, submit proposal guna apps ye sekarang. Tak mainlah borang-borang eceyh!

Anyway promotion HSBC bersama RinggitPlus.com ni tamat pada 28 Feb ini. So saya adalah sedikit skeptikal samada akan dapat tak tablet ini. Sebabnya application saya masih belum approved lagi sedangkan only a few days left saja. Tapi saya akan terus positif! Boleh?



Kalau tak berjaya, alamatnya kenalah beli sendiri T__________T Di mana saya rasa mungkin ambil masa 3 tahun lagi baru saya beli kot ha ha haaaaaaaa.. Tapi bolehlah nak start usha dan compare dari sekarang. Asus ke? Samsung ke? Peugot ke? Mini Cooper ke? Eh?!!

Jingjingg


Jinglebell jinglebelll

Warning:
Sebelum anda terjerumus dengan janji janji manis sebarang credit card promotion, sila consider perkara-perkara di bawah:
  1. Anda dah ada 5 keping card dan sekurang-kurangnya 2 daripadanya ada bayaran tertunggak?? JANGANLAH APPLY BARU. Settlekan hutag yang ada tu.
  2. Anda jenis berbelanja ikut nafsu dan bukan keperluan walaupun sebenarnya tak mampu bayar? Mungkin guna cash lebih sesuai untuk anda.
  3. Anda bukan kedua-dua di atas dan eligible untuk apply? Silakan. Tapi! Baca T&C nyer betul-betul dulu. Sebabnya..banyak yg tersembunyi dalam tu..
  4. Contohnya: annual fee dikatakan percuma. Tapi kalau baca betul-betul sebenarnya percuma (waived) kalau anda swipe 12 kali dalam masa setahun. Kalau anda tak pakai langsung pun, masih kena bayar annual fee. Dan cukai RM50 setahun masih perlu dibayar untuk setiap kad!
  5. Segala promotion cash back ke, reward point ke semua bertempoh dan ada yang limited tu certain days atau certain tempat yang boleh swipe saja. So kesimpulannya KENA BACA T&C BETUL_BETUL.
  6. Sila bayar on time, semua statement amount untuk mengelak bebanan hutang. Senang cerita only buy what you can afford.
p/s: Kalau anda boleh shopping, sudah tentu boleh beli satu polisi takaful untuk perlindungan keluarga kan. Beli barang, barang habis/rosak. Beli takaful, takaful akan kembali jadi duit bila anda yang habis/rosak.

16 ulasan:

  1. Alahai ciksiti, kalau akk gaji beribu cam ciksiti, akk beli je idaman hati tu, tapi betul juga...selagi bole pakai buat apa membazir ye dok?

    BalasPadam
    Balasan
    1. He he Kak Nor..saya sedang melatih diri bersabarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ngeee..

      Padam
  2. Balasan
    1. bkenan dekat yang mana satu tu cik yui?? mohler kita cuci mata bersama-sama=P

      Padam
  3. Salam. Hee usaha tangga tablet huawei wehh.

    BalasPadam
  4. bkenan gak sbb bos dok promote Mi tu hr tu tp x tbeli pon.
    eh...kita x pkai kad kredit.tkut xleh kawal nafsu sopim...mihahahaha....

    BalasPadam
    Balasan
    1. member pun beria promote.nasib baik xbeli kan..
      kalau takut takleh mengawal nafsu memang better tak payah pakai cc zai=))

      Padam
  5. Assalam siti,
    iols ada 2 si HSBC itu :P
    dalam proses nak terminate hokeyh
    BE EXTRA CAREFULL dgn HSBC siti :)

    BalasPadam
  6. Assalam siti,
    iols ada 2 si HSBC itu :P
    dalam proses nak terminate hokeyh
    BE EXTRA CAREFULL dgn HSBC siti :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam aiyak banyaknya kad dia he he..nak terminate ke awatnya..
      application kami tak approved pun lagi. mungkin diorang tak suka kami kot he he..

      Padam
  7. ehehehe mmg kena ada benda2 canggih ni sekarang kalo buat kerja..
    ipad mini pun okay ape Cik Siti.. 1K plus n u get a good one. pelaburan sikit tapi worth it..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ipad memang ok. kita punya tu iPad air tau..demi suami tersayang terpaksa ku lepaskan ha ha ha..

      Padam
  8. kan kredit card ni hanya yang betol2 boleh disiplin je baru boleh apply. moga dimurahkan rezeki cik siti :)

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...