Isnin, 11 November 2019

DEMAM 11.11


Assalamualaikum semua,

Harap semua sihat sejahtera hendaknya ya. Saya masih mengalami selsema dan batuk, setelah demam hampir 2 minggu. Ya Allah.. bila dah lama tak sakit, sekali sakit yang teruk. Rasa macam hilang kesabaran Astagfirullahal'azim. Walhal selama ini Allah bagi nikmat sihat, kurang rasa syukurnya. Maka benarlah sihat itu nikmat. Moga kita lebih bersyukur dan berusaha menjaga kesihatan diri. Bila tak sihat, mula lah mood pun tiada, semangat pun hilang. Ya Allah berdosanya. Padahal orang lain yang sakit lagi teruk masih boleh sentiasa senyum malah memberi inspirasi kepada orang lain. Sungguh lemahnya saya!

Jadi anda semua pun jagalah kesihatan ya. Makan yang seimbang, banyakkan minum air putih, kurangkan pengambilan gula. Bersenam jangan lupa ya. Saya pun dah lama tak bersenam ni. 

Hari ni saya cuma nak update secara ringkas. Maklumlah blog ini sudah lama terbengkalai. Dari aspek kerja di pejabat, Alhamdulillah. Saya masih berusaha belajar dan belajar. Semangat tu biasalah kadang-kadang naik, kadang-kadang turun. Masih berusaha untuk menyiapkan laporan lapangan untuk kompetensi Buangan Terjadual. Untuk pengolahan efluen, Alhamdulillah saya dah dapat kompetensi penuh pada bulan April tempoh hari. Perancangan tahun depan nak ikuti latihan Safety nad Health Officer pula. Doakan!

Kelas Bahasa Jepun Alhamdulillah masih berlangsung. Sekarang kami ada 2 sesi iaitu hari Ahad pukul 10:30 AM dan Rabu malam pukul 8:30 PM. Pelajar ada yang datang dan pergi kerana kekangan dan komitmen masing-masing. Tetapi ada beberapa orang yang setia bersama kami dari awal penubuhan kelas tempoh hari. Semoga ilmu yang diturunkan mendatangkan manfaat ya. Kami juga menyediakan kelas untuk staf-staf Majlis Bandaraya Ipoh, 3 hari seminggu. Dijadualkan silibus akan habis pada penghujung tahun ni inshaAllah. 

Saya juga masih aktif sebagai ejen unit trust bersama Public Mutual. Nak kata aktif sangat tu tidaklah. Maklumlah kekangan kerja. Kena pandai agihkan masa yang bagi saya sampai sekarang masih belum pandai lagi he he he. Segala urusan insurans Prudential dan Prudential BSN Takaful sekarang di ambil alih oleh suami saya. Tapi klien saya masih boleh berurusan dengan kami seperti biasa ya. 

Anak-anak Alhamdulillah. Semua pun baru baik demam. Nasib baik sudah habis peperiksaan semua. Keputusan peperiksaan yang abang so so Alhamdulillah. Padanlah dengan saya pun tak memantau secara terperinci sangat. (Jangan ikut macam saya). Tetapi tahun depan, saya pun kena usaha untuk lebih pantau kerja-kerja sekolah anak-anak. Abang Haikal tahun depan sudah masuk darjah 5, Haris darjah 3, Hadi darjah 1. Secara rasminya semua anak-anak saya bersekolah rendah tahun depan ya. jadi mama tak bolehlah nak perasan muda lagi.

Akhir sekali, berbalik kepada tajuk posting saya hari ini. 11 November merupakan hari jualan besar-besaran platform e-commerce ya. Lazada siap buat konsert lagi semalam. Mungkin ramai yang teruja, apa pun pesanan saya, berbelanjalah secara berhemah. Benda diskaun tak bermakna kita kena beli. Bawa bertenang, tarik nafas dalam-dalam, kalau perlu baru beli ya. Okay, selamat membeli-belah!


PRUBSN TAKAFUL/ PUBLIC MUTUAL/ KELAS BAHASA JEPUN
siti.sharini@gmail.com

Dapatkan tudung sekolah untuk anak-anak dengan menekan link di bawah ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...