Isnin, 16 Januari 2017

SAR Group Kick Off Meeting

Salam semua..

Selamat hari Isnin hihi.. sekejap je dah setengah bulan Januari kan. Begitulah dari sebulan ke sebulan, sedar-sedar dah akhir tahun. Demi masa sesungguhnya manusia dalam kerugian.

Cuba cari mana Cik Siti? Hihi.


Okaylah hari ni saya bukan nak menulis mengenai masa. Masa saya pun rasanya belum terurus dengan baik. Saya nak kongsikan aktiviti hujung minggu lepas hari Sabtu dan Ahad. Hari Sabtu pagi kami sekeluarga bergerak dari Ipoh ke Shah Alam sebab hari Ahad saya dan suami ada meeting SAR Kick Off Meeting kat Damansara. Kami memang selalunya paling kurang sebulan sekali turun KL untuk hadir meeting. Agency Prudential kitorang ni foundernya adalah Aunty Salmah Razah which explains the SAR. Aunty ni pula adalah ibu senior saya masa belajar kat Okayama dulu. Dari situlah connection dia hingga saya join Prudential di bawah bimbingan SAR group.



Aktiviti masa meeting ni lebih kepada motivational sempena awal tahun ni lah. Sesi penyampaian awards kepada achievers tahun lepas, dan sesi pengumuman target group tahun 2017. Dan juga aktiviti pembahagian tribes (kumpulan) untuk monitoring sales and participation tahun 2017. Ada juga contest kumpul like kat Instagram hehe. Terima kasih kepada yang sudi like gambar Cik Siti especially bloggers semua. Tapi saya tak menang pun. Kalah dengan anak dara, dapat 90 likes haha. Saya masa tu baru 43 likes. Bolehlah dari tak ada kan haha. Kiranya the whole day tu macam hari kerja, tapi yang gila-gila haha.

Abang Veder penasihat takaful full time. Contact dia 012 7645 998.

Meanwhile, aktiviti anak-anak pula, hari Sabtu pula petang tu sempat bawa diorang pergi birthday party anak kawan saya kat Shah Alam juga. Seronok depa bukan main. Hari Ahad diorang picnic sambil mandi kolam dengan opah dan makcik pakcik diorang pula. Mak dan adik-beradik saya lah tu. Alhamdulillah we had a great weekend. 


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

3 ulasan:

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...