Isnin, 30 Oktober 2017

Kenapa Bukan Doktor?

Salam semua=))

Masa kecik, apa cita-cita awak? Pasti sekali ada yang pernah bercita-cita nak jadi polis kan? Bila sebut je cita-cita, saya rasa yang paling banyak di sebut mesti doktor kan? Doktor, pilot, engineer, cikgu, polis, askar, bomba. Saya rasa masa kecik dulu saya nak jadi juruterbang askar. Taktaulah pengaruh cerita apa. Tapi bila dah besar sikit saya ubah kepada engineer. Walaupun masa tu tak tau pun engineer tu kerja dia buat apa. Tapi dengar sebut engineer pun macam dah cool kan hehe.

Saya tak pernah pula rasa nak jadi doktor. Tak tau lah kenapa. Nak kata takut darah, tak juga. Takut doktor pun tak juga. Memang dari kecik tak minat. Tapi saya ingat dulu, saya memang nak belajar di Jepun. Sebab pengaruh cerita Oshin haha. Jepun nampak cantik sangat dalam TV. Ada sakura, ada salji. Tapi lepas SPM masa dapat tawaran temuduga biasiswa ke luar negara, saya pilih Medic di UK sebagai pilihan pertama. Kedua Engineering di Jepun. Sebab apa? Sebab result SPM ok, Biology dapat A1 jadi, entah terasa macam expectation kebanyakan orang suruh saya pilih doktor. But guess what, mungkin rezeki saya kuat untuk ke Jepun. Saya dapat ke Jepun bawah tajaan MARA. Saya rasa mungkin antara sebab saya tak dapat UK, saya tak speaking English langsung masa interview. Dan saya tukar pilihan negara semasa interview tu. And I am glad I did it. Haha.


Doktor bagi saya satu pekerjaan yang sangat sangat mulia. Dan penuh tekanan. Haha.. Pengaruh tengok cerita Grey's Anatomy. Seorang doktor juga sangat berpengaruh dalam masyarakat, sejak dulu lagi kan.

Apa pun, sudah tertulis saya bukan seorang doktor. Saya cuma engineer biasa, kerja di kilang biasa dengan pendapatan yang biasa biasa. Tapi saya juga boleh tolong orang berjumpa doktor dan mendapatkan rawatan yang sebaik mungkin.

Sorry this writing didn't come out the way I planned. I lost track. Anyway, take care people!


Dapatkan perlindungan dari Prudential BSN Takaful
siti.sharini@gmail.com
012-2961984 / 012-7645998

4 ulasan:

  1. Zumal pernah bercita-cita jadi cikgu tapi segalanya berubah bila laluan zumal tak ke arah tu... Sedih sebenarnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe Zumal, tak boleh jadi cikgu kat sekolah inshaAllah boleh jadi cikgu kat tempat lain.

      Padam
  2. x minat nk jadi doktor jugak sbb takut jarum.. hahaha

    BalasPadam
  3. Bercita-cita nak jadi akauntan tapi jalan ke situ tak terbukak masa tu hahaha

    insyAllah jodoh sy dgn perubatan rupanya :)
    doakan sy ye kakkk, jadi doktor yg selamat dan berbakti penuh ikhlas utk masyarakat :)

    hanisamanina.com

    BalasPadam

Terima kasih atas ucapan yang baik-baik =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

MARI BELAJAR BAHASA JEPUN DI IPOH

Salam semua.. Tahun ini ada beberapa cabaran baru yang saya sahut. Antaranya ialah dengan mula mengajar Bahasa Jepun setelah sek...